Wednesday 30 March 2011

Andai Mereka Mengerti.....

  Mereka sangat berharga buat diriku.. Mereka juga yang mengajar aku erti sabar dan kasih sayang.. Hanya sekejap sahaja mereka pulang untuk bercuti aku sudah merasa kehilangan dan kesunyian.. Barangkali perasaanku ini tidak sama dengan perasaan pendidik di luar sana.. Manakan tidak pendidik yang lain hanya mendidik tetapi tidak menjaga pelajar-pelajar mereka.. Tugasku bukan sekadar mendidik mereka tetapi menjaga mereka termasuk dari segi pakaian, makan minum, pergaulan, kebersihan diri, dan juga tidur bangun mereka.. Pendek kata aku menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru dan seorang kakak kepada mereka.. Apatah lagi aku tinggal sebumbung dengan mereka, sedikit-sebanyak perasaan kasih kepada mereka timbul dalam diriku.. Bukan senang untuk mendidik dan menjaga mereka, manakan tidak mereka semua remaja yang baru ingin mengerti erti kehidupan, jiwa-jiwa yang penuh bergolak dan inginkan perhatian..
Setiap hari pelbagai masalah yang mereka timbulkan.. Namun aku tidak pernah merasa penat melayan mereka, apatah benci pada mereka, tentu sekali tidak. Walaupun pelbagai masalah yang mereka timbulkan, aku tidak pernah penat untuk menyelesaikannya. Belum pun sempat aku membuka pintu bilikku pada waktu pagi untuk memulakan tugas, mereka terlebih dahulu mengetuknya. Tidak lain dan tidak bukan tentang masalah yang ingin mereka adukan.. Kadang-kadang ia sedikit-sebanyak mengganggu mood aku di pagi-pagi hari tetapi aku sedaya upaya mendengar dan memberi perhatian terhadap masalah mereka..
  Kadang-kadang aku terfikir, mengapa mereka tidak boleh mengikut peraturan dengan sebaiknya, mengapa pelbagai masalah yang selalu mereka timbulkan, mengapa mereka tidak boleh melakukan sesuatu perkara yang senang tanpa diarah.. Adakah mereka suka mendengar leteranku? Adakah mereka suka melihat kemarahanku? Kadang-kadang sebelum tidur aku berfikir cara yang terbaik mendidik mereka, menjaga hati mereka dan cara memotivasikan mereka.. Namun aku tetap bersyukur kerana setiap kali ada masalah mereka mencari aku.. Itu yang aku mahu, mendengar luahan mereka.. Bila mereka keliru mereka bertanya padaku, meminta pendapat daripadaku... Aku merasakan diri aku diperlukan, syukur.. Sedikit sebanyak ia mengajar aku untuk mengerti kehendak dan kemahuan orang lain dan sebagai panduan untuk hari kemudian.. Aku ingin memahami mereka.. Barangkali mereka terlalu muda untuk memahami apa perasaanku terhadap mereka.. Mereka tidak mengerti betapa mendalamnya perasaan kasih aku terhadap meraka.. Andainya mereka mengerti... Aku Sayang  Sangat Pada Mereka, Puteri-puteri Maahad Tahfiz An-Nur...

No comments:

Post a Comment